MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU,MEMANTAPKAN BAHASA INGGERIS

19 Ogos 2009

Anak-Anak Gemilang





Anak-anak gemilang ini pasti akan berjaya dengan cemerlang, dan gemilangnya pada masa akan
datang..

Karenah kalian membuatkan aku terhibur...telatah kalian mencuit hati kecil ku..cikgu sayang kalian...

17 Ogos 2009

Dunia 2009

Tidak terasa begitu cepatnya masa berlalu. Terasa begitu singkatnya masa yang ada. Begitulah fitrahnya manusia,tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada.

Dunia kita sedang merana. Merana kerana semuanya runsing memikirkan maslaah kesihatan yang kian menular dan meragut nyawa manusia tanpa amaran dan isyarat.

Hinggakan kita menjadi panik. Malah yang buta menjadi celik keranan kekusutan dunia. Mungkin segalanya ujian daripada Allah.

Selama ini kita hidup sihat sejahtera. Namun kita mula resah bila di uji..Bersama-samalah kita berdoa..moga segalanya beransur pulih..amin..

06 Ogos 2009

Pengalaman Praktikum 2

Assalamualaikum..praktikum saya untuk fasa 2 ialah di SK Mukah. Praktikum kali ini sememangnya mencabar. Namun, saya telah menimba pengalaman dan banyak ilmu baru, terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran.

Sesi pengajaran dan pembelajaran juga telah banyak saya ubah suai mengikut kesesuaian. Saya menjalankan aktiviti kemahiran berfikir dan kemahiran belajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kekeliruan dalam Penulisan 'di'.

Kesalahan yang sering berlaku dalam kalangan murid -murid ialah menulis 'di'. Biasanya yang murid-murid amalkan apabila menulis kata kerja dan di hadapannya hadir 'di', akan dijarakkan. Sedangkan sepatutnya dirapatkan. Manakala jika 'di' hadir sebelum kata nama, maka barulah dijarakkan.

Contohnya :
di + kata kerja = diminta, diberi

di + kata nama = di rumah, di pejabat