MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU,MEMANTAPKAN BAHASA INGGERIS

03 Disember 2009

Liku

Liku-liku ini,
Bersegi, bersimpang -siur
Mendatar, dan berjuram
Menyesakkan dada melaluinya

Liku ini juga menjadi pilihan
Laluan utama meneroka
Langkah demi langkah menyusuri
Demi menuju ke destinasi

Liku yang bersimpang dua
Membuat ralat untuk memilih
Dua lorong dipersimpangan
Umpama neraka dan syurga