MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU,MEMANTAPKAN BAHASA INGGERIS

15 September 2009

Langkah Mewujudkan Suasana Kondusif





Aplikasi kemahiran dan pengetahuan sedia ada.











Suasana Kondusif

Suasana yang kondusif adalah suasana yang sesuai untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.

Suasana ini boleh dibina berdasarkan beberapa aspek yang perlu diberi perhatian.

Salah satu daripadanya ialah aspek pengurusan bilik dajah.

Pengurusan Suasana Bilik darjah

1. Membuat perancangan
Perancangan adalah meliputi strategi untuk mencapai matlamat serta langkah -langkah untuk melakukannya.

Berdasarkan pengalaman
a) Keceriaan kelas
b) Kebersihan kelas
c) Penerapan unsur motivasi melalui cogan kata
d) Pengurusan sumber pengajaran dan pembelajaran.

2. Penelitian semula
Kajia semula perancangan dari aspek kesesuaian ruang, aras murid serta mesej yang hendak disampaikan.

3. Perlaksanaan
Mendapatkan kerjasama pihak guru dan staf dalam melakukan aktiviti ini.


Guru harus serba boleh.


















Guru melakukan sendiri untuk mendapat kepuasan dalam aktiviti yang dirancang.



Renungkan Bersama...

Menurut Profesor Diraja Ungku Aziz

1. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

2. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.

3. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.

4. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.

5. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.

Jika berhijrah itu baik...bagaimanakah pula dengan perubahan?

Pernyataan ini sering dipersoalkan...

Jika berhijrah dari satu tempat ke satu tempat itu merupakan perkara yang baik asalkan bertujuan untuk maju ke hadapan sama ada untuk menuntut ilmu, mencari rezeki dan sebagainya.
Manakala jika perubahan tingkah laku daripada negatif kepada positif?
Ini merupakan satu perkara yang digalakkan dan dituntut dalam Islam..

Cuba bandingkan kedua-dua keadaan ini..fikirlah secara matang..sesungguhnya perubahan yang positif merupakan satu langkah anda untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan. Oleh yang demikian terimalah perubahan yang positif..jangan pula ditentang ..kerana penentangan hanya akan merugikan diri sendiri.

Tetapi jika berlakunya perubahan dari positif kepada negatif..berpadah-padahlah.

Kegembiraan Anak-Anak 2 Gemilang


Murid-murid yang cikgu kasihi sekalian..cikgu amat merindui kalian..

Jika diberi peluang..cikgu ingin terus bersama kalian..akan cikgu kongsi dan curahkan ilmu yang ada..

Cikgu doakan murid-murid cikgu berjaya...amin..


4 Mantap...

Terima kasih atas penghargaan..yang diberikan..walaupun cikgu tidak mengajar kalian, namun 4 Mantap tetap istimewa..teruskan budi bahasa yang diamalkan kerana budi bahasa melambang keperibadian kita sebagai seorang insan yang berbudi pekerti..















Pengalaman Mengajarku Erti Kesabaran

Assalamualaikum..

Kesabaran..atau sabar sememangnya mudah untuk dilafazkan. Namun jika dilafaz tanpa penghayatan adalah sia-sia sahaja.

Dalam mendidik murid-murid, kesabaran guru sentiasa diuji oleh anak didik. Terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun demikian, guru telah didedahkan dengan nilai-nilai, strategi dan kaedah pengajaran. Maka praktikkanlah ilmu yang diperolehi di dalam bilik darjah.

Seseorang yang sabar dalam mendidik dan mencurahkan ilmu,pasti mendapat kepuasan dan ketenangan dalam kehidupan..