MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU,MEMANTAPKAN BAHASA INGGERIS

07 Oktober 2009

Masihkah Ada Ruang

Disini aku berdiri,
merenung perjalanan hidup ini,
meraung,mengigil
ketawa,jarang sekali
semuanya kerana ruang..

Ruang yang kian sempit
menyesakkan akal fikiran
minda terus ligat mencari jalan..
namun yang ada cuma hampa kecewa

Lenguh segala otot
denyut nadi kian lemah
mengejar ruang yang tak mungkin
bagai bayang-bayang
yang hilang..

ruang,ruang,ruang
masihkah ada untukku?


06 Oktober 2009

TULISAN JAWI

Tulisan jawi digunakan oleh orang Melayu sjeak orng Melayu memeluk agama Islam . Orang Arab menngelar orang Melayu sebagai jawah atau Jawi. hal ini disebabkan pada zaman dahulu daerah Asia Tenggara dikenal sebagai Jawapalava.

Dari Mana Datangnya Tulisan Jawi?
Hubungan antara bangsa Arab dengan umat Melayu telah bermula sejak sebelum kedatangan Islam menerusi aktiviti perdagangan


05 Oktober 2009

Ambiguiti Atau Ketaksaan...

Sumber: Akhbar Sisipan Tutor Ketaksaan Ayat


Ayat yang dapat menghasilkan pelbagai maksud dikatakan ayat yang mempunyai unsur ketaksaan (ambiguity).

Ketaksaan ditakrifkan sebagai sifat binaan atau konstruksi yang dapat diberi lebih daripada satu tafsiran

Ambiguiti:

  • Makna kata/perkataan atau ungkapan dalam ayat yang mernpunyai pelbagai kemungkinan tafsiran, iaitu lebih daripada satu makna atau tafsiran.
  • Dengan demikian, ambiguiti disebut juga ketaksaan.

29 September 2009

Tatabahasa Nasional


Lewah Dalam Makna

Kami berjuang demi untuk negara dan bangsa

Perkataandemidanuntukmembawa makna yang sama. Oleh itu, penggunaan kedua-dua perkataan yang sama maknan
dalam satu ayat secara berurutan dianggap lewah, kerana penggunaan salah satu daripadanya sudah mencukupi.
Ayat di atas boleh sahaja ditulis: “Kami berjuang demi negara dan bangsaatauKami berjuang untuk negara dan bangsa
Dengan demikian kita memenuhi aspek ekonomi dalam bahasa, iaitu meng­gunakan bahasa dengan baik, kemas dan ekonomis
yakni tidak membazir perkataan.

kita semua

Dalam bahasa Melayu, “kitaialah kata ganti nama orang pertama yang membawa maksud jamak. Tetapi, banyak pengguna bahasa Melayu kurang yakin dengan aspek jamak ini, lalu menegaskan lagi dengan menambah perkataansemua”, pada halkitatelah pun mencukupi. Dalam hal ini, “semuadalamkita semuadianggap lewah.