MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU,MEMANTAPKAN BAHASA INGGERIS

06 Ogos 2009

Kekeliruan dalam Penulisan 'di'.

Kesalahan yang sering berlaku dalam kalangan murid -murid ialah menulis 'di'. Biasanya yang murid-murid amalkan apabila menulis kata kerja dan di hadapannya hadir 'di', akan dijarakkan. Sedangkan sepatutnya dirapatkan. Manakala jika 'di' hadir sebelum kata nama, maka barulah dijarakkan.

Contohnya :
di + kata kerja = diminta, diberi

di + kata nama = di rumah, di pejabat

2 ulasan:

Unknown berkata...

Aida kemukakan masalah dan kekeliruan murid tentang penggunaan sendi kata "di". Sedar tak sedar Aida juga silap menggunakan kata sendi "di" dalam di kalangan. Penggunaan yang betul adalah dalam kalangan bukan di kalangan.

elLyieDa berkata...

Terima kasih ..kadang-kadang tertaip yang macam tu..saya jarang semak semula..