MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU,MEMANTAPKAN BAHASA INGGERIS

26 Oktober 2009

BAHASA MELAYU KLASIK

  • Bahasa Melayu Klasik bermula pada abad ke 13 dan berakhir pada abad ke-19
  • Diasaskan ketika zaman penubuhan Kerajaan Islam pertama di sebelah timur Aceh iaitu Kerajaan Samudera Pasai.
  • Bahasa ini merupakan kesan langsung daripada kedatangan agama islam dan kebudayaan islam.
  • Permulaan bahasa ini ditandai dengan kemunculan prasasti Terengganu (702H) bersamaan 1303 Masihi.
  • Pada awal abad ke -14 juga dikatakan bahawa bahasa Melayu Klasik muncul dengan tulisan jawi.


Ciri-Ciri Bahasa Melayu Klasik
  • Ayat-ayat yang panjang dan berbelit-belit
  • Banyak menggunakan ayat pasif
  • Menggunakan bahasa istana
  • Menggunakan kosa kata klasik seperti "ratna mutu manikam"
  • Banyak juga menggunakan kata pangkal ayat ( hatta, sebermula, alkisah, adapun )
  • Ayat yang diterbitkan adalah ayat songsang
  • Kerap menggunakan partikel pun dan lah.

0 ulasan: