MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU,MEMANTAPKAN BAHASA INGGERIS

07 Oktober 2009

Masihkah Ada Ruang

Disini aku berdiri,
merenung perjalanan hidup ini,
meraung,mengigil
ketawa,jarang sekali
semuanya kerana ruang..

Ruang yang kian sempit
menyesakkan akal fikiran
minda terus ligat mencari jalan..
namun yang ada cuma hampa kecewa

Lenguh segala otot
denyut nadi kian lemah
mengejar ruang yang tak mungkin
bagai bayang-bayang
yang hilang..

ruang,ruang,ruang
masihkah ada untukku?


0 ulasan: