MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU,MEMANTAPKAN BAHASA INGGERIS

16 September 2009

Contoh Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu

SEKOLAH KEBANGSAAN MUKAH, MUKAH

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 2

Tarikh : 12 Ogos 2009

Masa : 0720-0820

Tahun : Tahun 2 Gemilang

Tema : Kami Anak Malaysia

Tajuk Pelajaran : Bendera Malaysia

Bilangan Murid : 39 Orang

Fokus Utama :

5.2 : Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang

dibaca.

Aras 1 (ii) : Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.

Fokus Sampingan :

2.2 : Melaporkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan tepat.

Aras 1 (i) : Memberitahu isi-isi penting sesuatu perkara dengan menggunakan perkataan dan frasa yang jelas.

8.1 : Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal, dan ayat majmuk.

Aras 2 (ii) : Menyusun perkataan untuk membina ayat tunggal dan ayat ma jmu k.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid –murid mengetahui bendera Malaysia melalui aktiviti yang dijalankan di sekolah

Objektif Eksplisit :

: Bendera Istimewa

Langkah & Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Set Induksi

( 5 minit )

Lagu Jalur Gemilang

Merahmu bara semangat waja

Putihmu bersih budi pekerti

Kuning berdaulat payung negara

Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan

Lautan luas telah kau redah

Membawa semangat jiwa merdeka

Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya

Semua negeri dalam Malaysia

Satu suara satu semangat

Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang dibawah naunganmu

Jalur gemilang kami semua bersatu.

Perpaduan ketaatan

Amalan murni rakyat Malaysia

Jalur gemilang megah kami terasa

Jalur gemilang kibarkanlah wawasan

Merah putih biru kuning

Jalur semangat kami semua

Berkibarlah..Berkibarlah..Berkibarlah Jalur Gemilang.

Guru meminta murid senyap

Arahan :

Sila dengar lagu ini dan nyanyikan bersama-sama.

Soal jawab

a) Murid-murid pernah tak mendengar lagu ini?

b) Bilakah biasanya lagu ini di nyanyikan?

c) Apakah nama lagu ini?

d) Lagu ini menceritakan tentang apa murid-murid?

Guru mengaitkan lagu dengan tajuk pembelajaran

Lagu ini biasanya dinyanyikan ketika sambutan hari kemerdekaan. Lagu ini juga menceritakan tentang bendera Malaysia iaitu jalur Gemilang.Oleh itu tajuk pembelajaran kita pada hari ini adalah “Bendera Malaysia”.

BSPP :

Speaker

MP3

Audio Lagu Jalur Gemilang

TKP :

Interpersonal

Intrapersonal

Muzik

Teknik : Soal jawab

KB ; menghubung kait.

Pengisian Kurikulum:

PSV – Warna bendera

Muzik- lagu Jalur Gemilang

Langkah 1

( 20 minit )

Bendera Malaysia

Malaysia mempunyai bendera sendiri. Bendera Malaysia dikenal sebagai Jalur Gemilang.

Jalur Gemilang ada empat warna, iaitu merah, putih,biru, dan kuning. Terdapat bentuk anak bulan dan bintang berbucu empat belas pada bahagian yang berwarna biru.

Anak bulan merupakan lambang agama Islam sebagai agama rasmi. Bintang pula menjadi simbol perpaduan empat belas buah negeri di Malaysia.

Warna kuning pada bulan dan bintang merupakan warna diraja. Selain itu, empat belas Jalur Gemilang melambangkan bilangan negeri di Malaysia.

Cadangan Jawapan

· Bendera Malaysia ialah Jalur Gemilang

· Jalur Gemilang berwarna merah,putih,biru dan kuning.

· Terdapat bentuk anak bulan dan bintang

· Bintang mempunyai 14 bucu

· Anak bulan melambangkan agama islam sebagai agama rasmi.

· Bintang penting kerana menjadi simbol perpaduan14 buah negeri dalam Malaysia.

· Kuning adalah warna diraja

· Jalur pada bendera melambangkan bilangan negeri.

.

Guru memaparkan petikan yang bertajuk “ Bendera Malaysia”

BCB : Membaca

Guru membimbing murid-murid membaca petikan mengikut peringkat.

Perenggan 1

Guru membimbing membaca perenggan1.

Kemudian guru menggunakan teknik penyoalan untuk menguji kefahaman murid.

Aktiviti FU

· Apakah nama bendera Malaysia?

Perenggan 2 dan 3

Guru membimbing murid-murid membaca.

Guru memilih murid secara rawak untuk membimbing rakan yang lain membaca.

Aktiviti FU:

· Berapakah warna Jalur Gemilang?

· Apakah bentuk yang terdapat pada Jalur Gemilang?

· Berapakah bucu bintang?

· Apakah yang melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi?

· Mengapakah bintang penting dalam negra kita?

Perenggan 4

Guru membimbing murid membaca

Guru meminta murid membaca mengikut kumpulan.

a) Lelaki

b) Perempuan

Aktiviti FU:

· Apakah warna diraja?

· Apakah yang melambangkan bilangan negeri di dalam Malaysia?

BSPP :

Petikan ‘Bendera Malaysia”

BCB : Bacaan Mekanis

Teknik : Pemudah cara

Penilaian FU : Soal jawab

Kaedah : PRS

Teknik : Penyoalan

Pengisian Kurikulum

PSV : Warna

Kaedah : Kumpulan

FU : 5.2 Aras 1(ii)

Langkah 2

( 15 Minit )

Imbuhan Akhiran

1) Terletak di akhir kata dasar

2) Contoh perkataan : bahagian,bilangan, makanan, pakaian.

Guru memaparkan rajah proses imbuhan

Guru menerangkan makna imbuhan akhiran

“ Murid-murid ,imbuhan akhiran ialah imbuhan yang hadir pada bahagian belakang ataupun di akhir kata dasar.”

Contoh perkataan yang menerima imbuhan akhiran -an ialah pakaian,bilangan, makanan,dan bahagian.

Contoh ayat :

a) Dia telah mengambil bahagian dalam pertandingan itu.

b) Bilangan murid yang hadir hanya 29 orang.

c) Jangan makan makanan manis

d) Jagalah kebersihan pakaian awak.

Setelah murid-murid faham makna perkataan dan proses pengimbuhan akhiran ini, guru akan menguji kefahaman murid –murid.

Guru memilih murid-murid secara rawak untuk menulis ayat tunggal dengan menggunakan perkataan yang berimbuhan akhiran –an.

BSPP ;

Rajah Pohon

Strategi : berpusatkan guru

Teknik : Penerangan/ perbincangan

Kaedah : Deduktif

Tatabahasa

Imbuhan Akhiran -an

Langkah 3

( 15 minit )

Ayat Tunggal

Murid-murid sila baca kad perkataan ini.

Gemilang ,ada ,Jalur, warna, empat.

Murid-murid faham tak makna setiap perkataan tersebut?

Murid-murid, sila susun semula perkataan tadi supaya menjadi satu ayat tunggal

· Jalur Gemilang ada empat warna.

Cadangan jawapan

a) Jalur Gemilang ada empat warna

b) Malaysia juga mempunyai bendera

c) Bendera Malaysia dikenal sebagai Jalur Gemilang

Guru memaparkan beberapa kad perkataan

BCB :Membaca

Guru meminta murid-murid membaca beramai-ramai

KB: Menyusun atur / M3

1) Selesai membaca, guru memastikan bahawa murid faham makna semua perkataan tersebut.

2) Guru memilih murid secara rawak untuk menyusun kad tersebut.

3) Murid perlu menulis nombor untuk menandakan urutan perkataan tersebut di dalam ayat tunggal.

Kad Perkataan

a) Gemilang ada Jalur warna empat

b) juga Malaysia bendera mempunyai

c) Jalur dikenal Gemilang sebagai Bendera Malaysia

BSPP:

Kad Perkataan

Lembaran kerja

BCB : Membaca

KB : Menyusun atur

Pengisian Kurikulum

Matematik

FS : 8.1 Aras 2 (ii)

Pengayaan : Membaca Cerita “ Bendera Istimewa”

Ramudan Dani di kantin. Mereka sedang melukis bendera Malaysia. Mereka melukis bendera pada kad tebal.Mereka menggunakan warna.Bendera itu cantik dan berwarna –warni.Tiba-tiba, air minuman Ramu tertumpah di atas bendera. Mereka sedih kerana tidak dapat memberikan bendera tersebut kepada Cikgu Lim.

Cikgu Lim terpandang mereka. Cikgu Lim mencadangkan kepada mereka membuat bendera daripada plastik penyedut minuman.Mereka bersetuju. Mereka bekerjasama dalam menyediakan bahan dan menyiapkan bendera tersebut.Rakan-rakan Ramu dan Daneng turut membantu.Mereka mengumpulkan beribu-ribu plastik penyedut minuman.

Akhrinya, bendera mereka siap.Murid-murid dan guru-guru bekerjasama. Mereka menggantungkan bendera yang besar itu pada tiang bendera.Mereka berbangga kerana memiliki bendera Malaysia yang istimewa.

Pemulihan : Membaca Ayat Tunggal

· Jalur Gemilang ada empat warna

Penutup

( 5 minit )

Murid-murid, boleh ingat apa yang kita pelajari hari ini?

Hari ini kita telah belajar tentang bendera Malaysia. Bendera Malaysia ialah Jalur Gemilang yang terdiri daripada 4 warna. Setiap warna melambangkan sesuatu.Contohnya ialah warna kuning pada bulan dan bintang melambangkan warna diraja.

Kita juga telah belajar tentang imbuhan akhiran –an. Imbuhan yanghadir di akhir kata dasar. Contohnya ialah pakaian, makanan dan sebagainya.

Murid-murid, kita sebagai rakyat Malaysia mestilah menghormati bendera Malaysia dan lagu patriotik

1) Guru membimbing murid-murid merumus isi pembelajaran dengan menggunakan teknik soal jawab.

2) Guru juga cuba melatih murid pembelajaran secara reflektif iaitu kemahiran mengingatkan semula apa yang telah dipelajari.

3) Guru merepakan nilai murni iaitu menghormati bendera Malaysia dan lagu patriotik seperti Jalur Gemilang dan Negaraku.

Pembelajaran secara reflektif

Teknik : Soal Jawab

Penerapan nilai murni:

menghormati bendera Malaysia

Menghormati lagu patriotik

Kewarganegaraan;

Semangat Anak Malaysia

0 ulasan: