“Kami berjuang demi untuk negara dan bangsa”
Perkataan “demi” dan “untuk” membawa makna yang sama. Oleh itu, penggunaan kedua-dua perkataan yang sama maknan
dalam satu ayat secara berurutan dianggap lewah, kerana penggunaan salah satu daripadanya sudah mencukupi.
Ayat di atas boleh sahaja ditulis: “Kami berjuang demi negara dan bangsa” atau “Kami berjuang untuk negara dan bangsa”
Dengan demikian kita memenuhi aspek ekonomi dalam bahasa, iaitu menggunakan bahasa dengan baik, kemas dan ekonomis
yakni tidak membazir perkataan.
“kita semua”
Dalam bahasa Melayu, “kita” ialah kata ganti nama orang pertama yang membawa maksud jamak. Tetapi, banyak pengguna bahasa Melayu kurang yakin dengan aspek jamak ini, lalu menegaskan lagi dengan menambah perkataan “semua”, pada hal “kita” telah pun mencukupi. Dalam hal ini, “semua” dalam “kita semua” dianggap lewah.
0 ulasan:
Catat Ulasan