Bagi Chomsky “language is not a habit Structure”. Hipotesisnya, semua bahasa dilihat dari struktur dalaman adalah sama iaitu menunjukkan tingkat fikiran seseorang. Chomsky telah mengemukakan empat konsep utama dasar analisis Transformasi Generatif iaitu kemampuan berbahasa, perlakuan berbahasa, struktur dalaman dan struktur luaran. Kemampuan berbahasa ialah segala pengetahuan yang terdapat dalam otak manusia secara sedar dan tidak sedar. Proses ini juga mengkaji tentang bagaimana proses mengujarkan bahasa yang terdapat dalam bentuk rumus-rumus.
Perlakuan bahasa ini mengkaji bagaimana cara seseorang itu mengujarkan bahasa dan bahasa apa yang diujarkan serta mampu didengar oleh orang lain. Seterusnya, strukrur dalaman pula wujud daripada kemampuan seseorang untuk berbahasa serta bagaimana cara menyusun ayat-ayat untuk diujarkan. Konsep yang terakhir iaitu struktur luaran ini wujud daripada ujaran bahasa yang dikeluarkan oleh seseorang iaitu apa yang diujarkan. Menurutnya lagi, ayat-ayat yang diungkapkan oleh penutur lahir di bawah pengetahuan dan kesedaran penuturnya. Ia diketahui, disedari dan dinyatakan menerusi bunyi-bunyi dan ejaan.
0 ulasan:
Catat Ulasan