MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU,MEMANTAPKAN BAHASA INGGERIS

07 Mei 2009

Apakah itu "Sintaksis"

Sintaksis merupakan satu bidang bahasa yang tugasnya mengkaji rumus-rumus yang menerbitkan ayat-ayat gramatis sesuatu bahasa serta hukum-hukum tentang susunan kata yang menyebabkan terjadinya ayat sebagai sesuatu bentuk binaan bahasa yang sempurna.Terdapat pelbagai definisi yang telah diberikan untuk bidang ini.Antaranya definisi dari aspek makna dalam sesuatu bahasa yang lain seperti bahasa Yunani, iaitu sun yang bererti “dengan” dan tattein yang bererti “menempatkan bersama – sama”. Oleh yang demikian, secara etimologi, sintaksis dapatlah diertikan sebagai “menempatkan kata – kata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat.

0 ulasan: