MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU,MEMANTAPKAN BAHASA INGGERIS

17 Mei 2009

MINGGU 5 BMM3110

Sumber Rujukan 1

Peraturan D-M


·         D-M bermaksud diterangkan (unsur inti), dan menerangkan (unsur penerang). 
 FRASA NAMA 

Diterangkan (Inti) Menerangkan (Penerang) 

·         orang  lelaki

·         kelapa sawit

·         penulis buku

 

 

Kekecualian Hukum D-M 

 

·         Kekecualian ini wujud akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama sekali pada nama-nama jawatan. 
 FRASA NAMA 

 

Penerang (M) Yang Menerangkan (D) 

·         perdana menteri

·         ibu  pejabat

·         naib presiden

 

 Bilangan dan Penggilan 

·         Terdiri daripada perkataan yang menunjukkan bilangan atau nama panggilan dan gelaran, maka unsur ini hadir di hadapan FN.

 

Penerang 
 

·         Inti mungkin juga mempunyai penerang lebih daripada satu. Peraturan kedudukan penerang-penerang ini adalah seperti berikut: 


(i) Inti + Penerang Adjektif + Penerang + Penentu Belakang 
(ii) Inti + Penerang. 


Sumber Rujukan 2

Peraturan D-M

D- M bermaksud diterangkan ( D) dan menerangkan (M)

Dalam peraturan ini unsur yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan merupakan unsur penerang  yang hadir pada kedudukan yang kedua,

Contohnya :

Frasa Nama

Diterangkan ( Inti )

Menerangkan

orang

lelaki

askar

Melayu

kelapa

sawit

 

Mengikut peraturan ini, penggunaan susunan unsur-unsur frasa nama yang bertentangan dengan peraturan D-M adalah salah dan tidak dapat diterima.

 

Kekecualian Hukum D-M

Kecualian peraturan D-M, iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan.

Boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan,terutama sekali pada nama-nama jawatan.

Frasa Nama

Penerang ( M )

Yang Diterangkan ( D )

perdana

menteri

timbalan

menteri

ibu

pejabat

 

Bilangan dan Panggilan

Apabila unsur penerang itu terdiri daripada perkataan yang menunjukkan bilangan atau nama panggilan dan gelaran, maka penerang demikian boleh juga mendahului inti, iaitu hadir di bahagian hadapan frasa nama.

i) Bilangan

Frasa Nama

Bilangan

Penjodoh Bilangan

Inti

dua

orang

calon

beberapa

ekor

binatang

sekawan

 

 

 

ii) Nama panggilan dan gelaran

Bagi kata nama orang dan haiwan, nama panggilan atau gelaran boleh mendahului inti sebagai penerang

Frasa Nama

Panggilan/gelaran

Inti

Puan

Juriah

Tun

Abdul Razak

Kak

Timah

 

iii) Penerang

Inti mungkin juga mempunyai penerang lebih daripada satu.

Peraturan kedudukan penerang-penerang ini adalah seperti yang berikut :

a) Penerang adjektif yang menerangkan init harus hadir sesudah inti itu diikuti oleh penerang –penerangnya yang lain.

Manakala penentu belakang hadir dibelakang sekali.

Inti + Penerang Adjektif + Penerang + Penentu Belakang.

 

Tetapi, jika kata adjektif bertugas sebagai penerang kepada kata inti yang berbentuk kata majmuk, maka perkataan itu boleh hadir dibelakang kata majmuk.

Contohnya.

Kata Inti Majmuk

Penerang Adjektif

tawaran bayaran balik

penuh

modal pulangan

sama

tembak pistol

tepat

margin untung

kasar

 

b)Unsur penerang boleh juga merupakan satu binaan frasa tersendiri yang mengandungi unsur-unsur inti dan penerang

Dalam keadaan demikian unsur penerang itu menerangkan unsur inti yang ada pada frasa penerang, dan bukan menerangkan unsur inti bagi frasa nama.

Dalam kehadiran begini, adjektif wujud juga sesudah inti,seperti berikut :

 

Frasa Nama

Inti

Penerang I

(Adjektif )

Penerang II ( Frasa)

Penentu Belakang

kereta

baharu

ayah

saya

itu

pejabat

lama

pengurus

syarikat

ini

pegawai

tinggi

tentera

darat

itu

 

 

Rujukan dari Internet:

 

Hukum D-M

 

Hukum D-M ialah hukum atau peraturan menyusun kata nama majmuk dan ayat dengan mendahulukan unsur yang diterangkan (D) dan mengemudiankan unsur yang menerangkan (M).

 

Contoh :

 

dalam lain perkataan (in other words)

lain-lain perkara (other matters)

Tan Gigi Klinik (Tan Dental Clinic)

percuma tawaran (free offer)

Mubarak restoran (Mubarak Restaurant)

Dunlop tayar (Dunlop tyre)

Goreng pisang

Aminah Gedung Fesyen

Kedai Jahit Wanita

Cili Sos

Maggi mi

Dua Minit Mi

Syarikat Muthu Perabot

Delima Hotel

Ban Cheong Kedai Buah-buahan

 

Susunan yang betul ialah :

 

Dengan kata-kata lain

Perkara-perkara lain

Klinik Gigi Tan

Tawaran percuma

Restoran Mubarak

Tayar Dunlop

Pisang Goreng

Gedung Fesyen Aminah

Kedai Menjahit Pakaian Wanita

Sos Cili

Mi Maggi

Mi Dua Minit

Syarikat Perabot Muthu

Hotel Delima

Kedai Buah-buahan Ban Cheong

 

 Rumus Frasa Nama (FN)

Kata yang diterangkan, atau inti frasa, hadir dahulu dan kata yang menerangkan, atau penerang hadir kemudian. Dalam bahasa Melayu, peraturan ini dipanggil hukum D-M, yakni hukumDiterangkan - Menerangkan. Contohnya - pisang goreng

Sungguhpun begitu, umumnya susunan unsur frasa nama menurut hukum D-M terdapat beberapa kekecualian dalam beberapa keadaan frasa nama yang mempunyai penerangan mengenai nama jawatan atau gelaran dan bilangan bukan ordinal.

 Perhatikan contoh-contoh kekecualian berikut:

 

Frasa Nama

Nota

Penerang

Inti

Perdana

Menteri

Penerang nama jawatan

Tuan

Ahmad

Penerang gelaran/panggilan

Timbalan

Menteri Pelancongan

Penerang nama jawatan

 

Frasa Nama

 

Nota

 

Bilangan

Penjodoh bilangan

inti

Lapan

bilah

pedang

Penerang kata bilangan dan penjodoh bilangan

Semua

-

murid

Penerang kata bilangan

Enam

ekor

buaya

Kata bilangan dan penjodoh bilangan

 

Selain daripada susunan unsur mengikut hukum D-M, penerang adjektif yang menerangkan inti frasa hendaklah hadir sesudah inti frasa dn diikuti oleh penerang lain dan diakhiri oleh penentu belakang.

 Contoh:

Inti

Penerang Adjektif

Penerang Kata Nama/Frasa Nama

Penentu belakang

Kereta

berkilat

ayah

itu






Rujukan ke 3

http://www.tutor.com.my/stpm/Frasa%20nama/frasa_nama.htm

 

0 ulasan: