MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU,MEMANTAPKAN BAHASA INGGERIS

10 Mei 2009

PEMAJMUKAN KATA NAMA

Proses pemajmukan ialah proses penggabungan dua atau lebih perkataan bagi membentuk kata nama lain yang berfungsi sebagai satu perkataan.

Bentuk Kata Nama Majmuk
a) Endosentrik

b) Eksosentrik

Endosentrik
1. Kata nama majmuk yang terbentuk secara endosentrik ini boleh terbentuk menurut hukum sintaksis dalam bahasa Melayu.

2. Kata nama majmuk sintaksis ini mematuhi hukum D-M ( yang (D) diterangkan dan yang (M) menerangkan.

Contoh: kapal terbang

3. Perkataan kapal adalah yang diterangkan dan digabungkan dengan terbang iaitu perkataan yang menerangkan.

4. Terdapat satu bentuk endosentrik ini yang melibatkan kata nama majmuk yang terbentuk dengan cara endosentrik juga tetapi tidak mematuhi sistem sintaksis bahasa Melayu.

5. Bentuk ini terhad pada kata nama majmuk yang dipinjam daripada bahasa asing di mana rentetan katanya tidak mematuhi hukum D-M, tetapi mematuhi hukum MD.

Eksosentrik
Pembentukan ini seperti berlaku kepada kata nama majmuk yang terbentuk daripada 2 unsur ayat yang mempunyai rentetan kata kerja + objek atau pelengkap.

Contoh :
cucuk sanggul
cucuk = kata kerja
sanggul = pelengkap

Fungsi

Proses pemajmukan ini membentuk kata nama majmuk, baik endosentrik mahupun eksosentrik

Makna
Daripada segi maknanya, kata nama majmuk endosentrik dan eksosentrik dapat memberi makna yang dinyatakan oleh mana – mana bahagiannya.

0 ulasan: