MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU,MEMANTAPKAN BAHASA INGGERIS

17 Mei 2009

MINGGU 2 BMM3110


Ragam Ayat

Ayat Aktif

1.    Nik Safiah Karim et.al (1993:462 ) menakrifkan ayat aktif sebagai ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan

2.    Prof.Abdullah Hassan menakrif ayat aktif sebagai ayat yang disusun cara biasa.

Jenis ayat aktif

Ada 2 jenis ayat aktif berdasarkan kehadiran kata kerja dalam predikat ayat, iaitu :

a)    Ayat aktif transitif

b)    Ayat aktif tak transitif

 

Ayat aktif transitif

1.    Menurut Arbak Othman (1981), ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu kata kerja yang memerlukan objek selepasnya.

Contohnya:-

a)    Maisarah mencuci pinggan mangkuk

b)    Hamdan memandu kereta ke Bandar

 

·         Daripada ayat contoh tersebut, objeknya terdiri daripada frasa nama sebagai unsur penyambutnya.

·         Selain itu objek bagi kata kerja transitif itu boleh terdiri daripada klausa komplemen

·         Ayat aktif dapat juga mempunyai dua penyambut, yang disebut sebagai objek tepat atau objek sipi.

·         Objek tepat ialah frasa nama yang menjadi penyambut langsung pada kata kerja, iaitu frasa nama yang terdekat dengan frasa kata kerja transitif.

·         Manakala objek sipi berada selepas objek tepat.

Contohnya :

a)    Mastura memberi adiknya susu

·         Ayat contoh tersebut dapat diubah kepada ayat aktif transitif dengan satu objek

·         Dalam hal ini, objek tepat mendapat kata sendi nama di hadapannya lalu membentuk frasa sendi nama yang bertugas sebagai keterangan.

·         Selain itu, objek sipi pula menjadi objek tepat yang baru.

Contohnya :

a)    Mastura memberi susu kepada adiknya.

 

·         Ayat aktif juga boleh mengalami pengguguran objek.

·         Ayat yang boleh digugurkan objeknya ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang mempunyai ciri adjektif, dimana kata kerja tersebut boleh menerima kata penguat ( amat, sangat, sungguh )

Contohnya :

a)    Kemalangan itu sungguh mengerikan

b)    Keindahan pantai itu sangat mempersonakan pelancong.

 

·         Daripada ayat contoh di atas, objeknya boleh digugurkan lalu menerbitkan struktur seperti berikut :

c)    Keindahan pantai  itu sungguh mempersonakan

 


 

Ayat aktif tak transitif

1.    Ayat aktif tak transitif pula mengandungi kata kerja tak transitif. Nik Safiah et.al.,(1993:465) menyatakan bahawa ayat aktif tak transitif mempunyai kata kerja tak transitif yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya .

Contohnya :

a)    Budak itu tidak berseluar

b)    Padi sedang menguning

 

·         Daripada contoh di atas, ayat tersebut tidak berobjek dan tidak berpelengkap

·         Urutan katanya ialah subjek – predikat dan kelas kata yang mengisi fungsi predikat terhad pada kata kerja tak transitif

·         Kedua- dua ayat di atas dapat diiringi oleh unsur penerang dan keterangan sebagai unsur tak wajib bagi menjelaskan maksud ayat.

Contohnya :

a)    Budak itu biasanya tidak berseluar pendek di asrama

·         Dalam ayat diatas, unsur tidak dan pendek ialah penerang, unsur biasanya, di asrama  merupakan unsur keterangan yang bersifat pilihan.

·         Oleh itu, unsur penerang dan keterangan tersebut boleh digugurkan.

·         Namun ada keterangan yang tidak boleh digugurkan.Bagi keterangan yang tidak boleh digugurkan , ia disebut sebagai pelengkap, iaitu unsur yang melengkapkan atau menyempurnakan maksud ayat.

Ayat Pasif

·         Arbak Othman (1981:246) menyatakan bahawa ayat pasif merupakan ayat yang diterbitkan daripada ayat aktif transitif yang menggunakan kata kerja berawalan me- dengan cara menggantikan awalan transitif me- dengan salah satu daripada awalan pasif di-,ter-,ber-,ke..an atau perkataan kena sebelum kata kerja pasif itu dalam ayat – ayat pasif.

·         Oleh itu, dalam ayat pasif terdapat kata kerja pasif, iaitu kata kerja yang subjeknya berperanan sebagai penderita.

·         Secara lebih mudah, ayat pasif berasal daripada ayat transitif aktif yang strukturnya ialah subjek +KKT + objek

Contohnya:-

a)    Safiah mengemas bilik

·         Daripada ayat di atas, subjek ialah safiah, KKTnya ialah mengemas dan objeknya ialah bilik.

·         Susunan ayat tersebut ialah susunan biasa atau susunan aktif.

·         Susunan tersebut dapat diubah kepada struktur pasif seperti berikut :

 

b)    Bilik dikemas oleh Safiah

 

·         Awang Sariyan (1998 ) membahagikan ayat pasif kepada ayat pasif berpelaku dan ayat ayat pasif jati.

·         Ayat pasif berpelaku dapat dihubungkan dengan bentuk aktifnya iaitu kata kerja pasif dapat diubah menjadi kata kerja aktif dengan mengubah awalannya dan uurutannya.

·         Akan tetapi , ayat pasif jati tidak dapat dikatakan terbit daripada ayat aktif.

Contoh :

a)    Idris menyediakan minit mesyuarat itu

b)    Minit mensyuarat itu disediakan oleh Idris.

 

Dalam Tatabahasa Dewan ( 1993:462 ), ayat pasif ialah ayat yang terbentuk asalnya daripada ayat aktif transitif dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau  unsur yang diterangkan.

Ayat pasif dibahagikan kepada 3 iaitu :

a)    Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif

b)    Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama kedua.

c)    Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.

AYAT PASIF DENGAN IMBUHAN KATA KERJA PASIF

Imbuhannya ialah di-,ter-,ber- dan ke...-an.

a)    Buku saya dibawa oleh adik

b)    Makanan belum berhidang

Kata –kata dibawa, dan berhidang ialah frasa kerja pasif kerana dapat berdiri sendiri untuk memenuhi tugas predikat dalam binaan ayat di atas.

 

Ayat pasif dengan kata kerja pasif di- hanya dengan kata ganti orang ketiga

a)    Baju batik dipakai oleh abang semalam

b)    Baju  batik abang pakai semalam.

Struktur pasif dalam (b) tidak berterima dalam Tatabahasa Dewan, sebaliknya diterima oleh kebanyakkan ahli bahasa.

Penggantian awalan meN- kepada di- tidak mempengaruhi bentuk akhiran yang bergabung.Maksudnya ialah akhiran itu dikekalkan.

a)    Menyatakan = dinyatakan

b)    Menempati = ditempati

c)    Mempertemukan = dipertemukan

Kata kerja pasif berimbuhan ter- dapat diparafrasakan dengan kata kerja pasif di-

a)    Barang itu terbeli oleh Zainal

b)    Barang itu tidak terbeli oleh Zainal

c)    Barang itu dibeli oleh Zainal

 

 

Dari segi makna, ter- menyatakan “tidak sengaja” pada ayat (a) di atas atau “dapat dibeli” pada ayat (c).

Kata kerja pasif dengan makna “dapat di-“ sering didahului oleh kata naïf tidak atau tak, seperti dalam (b).

 

Kata kerja pasif ke-…-an tidak boleh menerima kata kena di depannya.

Contoh:

a)    Rumah itu kecurian malam tadi

b)    Rumah itu kena kecurian malam tadi

 

Struktur pasif ber- tidak begitu mementingkan pelaku dan sering didahului oleh kata bantu ( belum , sudah)

Selain itu, struktur pasif ber- dapat diparafrasakan oleh struktur pasif di-.

Contohnya :

a)    Baju itu belum berbasuh

b)    Baju itu belum dibasuh

 

Ayat Pasif Dengan Kata Ganti Nama Diri Pertama Dan Kata Ganti Nama Diri Kedua.

 

Tiada penggunaan imbuhan di- pada kata kerja pasif, tetapi akhiran dikekalkan

Contoh :

a)    Kami menyapu bilik itu pagi tadi

b)    Bilik itu kami sapu pagi tadi

 

Kata ganti nama diri berada di depan kata kerja dasar

a)    Latihan itu masih belum saya siapkan

b)    Barang ini harus anda hantar segera.

 

Kata ganti nama diri boleh dalam bentuk penuh atau singkatan. Jika dalam bentuk singkat, dicantumkan dengan kata kerja pasif tersebut.

a)    Permohonan itu harus kau tolak

b)    Keputusan itu belum kubuat.

 

Kehadiran kata bantu mesti sebelum kata ganti nama diri

Lukisan itu masih belum saya warnakan

 

Bentuk ayat pasif susunan biasa boleh juga dalam bentuk songsang.

Saya membeli baju itu

a)    Baju itu saya beli ( ayat pasif biasa )

b)    Saya beli baju itu ( ayat pasif songsang )


c)     

Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.

Dikenal juga sebagai ayat pasif bantuan

Kata kerja dasar tidak boleh menerima awalan

Tikus itu kena kejar

 

Jika diperluas dengan frasa nama , oleh diwajibkan

Tikus itu kena kejar oleh kucing

 

Dapat diparafrasakan menjadi ayat pasif berimbuhan di-

Tikus itu kena kejar oleh anjing

Tikus itu dikejar oleh kucing

 

 


 

 

1.    Menurut Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu jenis ayat ialah ……

2.    Ayat –ayat bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada 4 jenis iaitu :-

      i.        Ayat penyata

    ii.        Ayat Tanya

   iii.        Ayat perintah

   iv.        Ayat seruan

 

AYAT PENYATA

1.    Menurut Nik Safiah, ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan.

·         Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal.

·         Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan

 

2.    Menurut Ahmad Khair Mohd Nor dalam buku Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu,menyatakan bahawa ayat penyata sesuai dengan istilahnya iaitu ayat yang menyatakan sesuatu.

·         Ayat ini digunakan oleh penutur atau penulis untuk mengatakan atau memberikan maklumat atau berita kepada pendengar atau pembaca.

·         Ayat ini diujarkan tanpa mengharapkan jawapan atau gerak balas,sama ada yang bersifat kebahasaan atau yang bersifat perbuatan.

·         Oleh itu, ayat penyata dapatlah dianggap sebagai ayat untuk melaporkan hal apa pun.

·         Ayat penyata boleh terdiri daripada bentuk ayat positif, ayat naïf, ayat aktif, ayat pasif , ayat songsang, penegas dan sebagainya, asalkan isinya merupakan pemberitaan atau keterangan.

·         Dalam lisan ayat penyata diakhiri dengan nada turun sebelum kesenyapan.

·         Dalam tulisan, ayat penyata diakhiri dengan tanda noktah

·         Ayat penyata boleh terdiri daripada sebuah klausa atau lebih, berdasarkan besarnya atau luasnya isi berita yang hendak disampaikan.

·         Ayat penyata juga boleh menerima ayat tanya jika ayat tanya itu menjadi bahagian daripada ayat penyata.Akan tetapi, ayat tanya itu kehilangan sifat tanyanya, malah tanda tanya tidak digunakan, sebaliknya tanda titik yang digunakan.

 

3.    Menurut Prof.Abdullah Hassan dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu, Morfologi dan Sintaksis, ayat penyata telah dinyatakan sebagai ayat maklumat ( informatif)

·         Ayat ini adalah ayat yang paling banyak diterbitkan baik dalam keadaan lisan mahupun tulisan.

·         Ini adalah wajar kerana fungsi bahasa yang paling penting ialah sebagai pengantar maklumat.

·         Ayat maklumat terdiri daripada :-

a)    Ayat pengisytiharaan ( termasuk makluman, pengumuman,pemberitahuan )

b)    Ayat pernyataan

c)    Ayat takrifan ( termasuk definisi, penjelasan dan penerangan )

d)    Ayat persetujuan ( termasuk keizinan dan sokongan)

e)    Ayat nafian ( termasuk bangkangan , bantahan dan tentangan )

f)     Ayat sangsian ( termasuk keraguan dan prasangka)

g)    Ayat tanyaan ( termasuk soalan )

h)   Ayat nilaian ( termasuk pendapat dan citarasa )

i)     Ayat sudut pandangan

j)      Ayat syaratan

k)    Ayat cerita ( termasuk pemerian )

l)     Ayat janji ( termasuk ikrar dan sumpah )

 

AYAT TANYA

1.    Menurut Nik Safiah dan rakan – rakannya dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal.

·         Dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu, ayat tanya dapat digolongkan kepada dua jenis iaitu :-

a)    Ayat tanya tanpa kata tanya

b)    Ayat tanya dengan kata tanya

 

Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya

·         Ialah ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat.

·         Dalam tulisan , nada tanya ini dilambangkan dengan nada soal (?)

Contohnya :

a)    Adik  masih menangsi?

b)    Emak membasuh kain?

c)    Kamal memandu lori?

 

Ayat Tanya Dengan Kata Tanya

·         Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat yang menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, berapa, mengapa, bagaimana, dan selainya.

·         Ayat –ayat jenis ini terdiri daripada dua golongan, iaitu :-

a)    Ayat tanya dengan kata ganti nama tanya

b)    Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya

Ayat tanya dengan kata ganti nama tanya

·         Ayat – ayat jenis ini terdiri daripada ayat-ayat yang mengandungi kata ganti nama tanya seperti : apa, siapa , dan nama.

·         Dalam susunan biasa, kata ganti nama tanya menduduki unsur predikat seperti dalam contoh – contoh berikut :-

a)    Benda itu apa?

b)    Gurunya siapa?

c)    Adik awak mana?

Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya

·         Terdiri daripada ayat-ayat yang didahului oleh frasa sendi nama tanya seperti di mana, dari  mana, ke mana, sejak bila,sampai bila, bagaimana, dengan siapa, daripada siapa dan sebagainya.

·         Dalam susunan biasa, kata tanya hadir dalam predikat.

AYAT TANYA TERBUKA DAN TERTUTUP

Ayat Tanya Terbuka

·         Ayat tanya yang jawapannya tidak terhad kepada perkataan ya dan tidak.

·         Jawapan adalah bergantung kepada makna ayat tanya tersebut

 

Ayat Tertutup

·         Ayat tanya yang jawapannya hanya ya dan tidak atau ya dan bukan. Jawapan untuk ayat tanya ini adalah terhad

 

2.    Menurut Ahmad Khair Mohd Nor dalam bukunya Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu, ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk meminta maklumat atau untuk mendapatkan jawapan.

·         Jawapan daripada sesuatu pernyataan bukan saja boleh dinyatakan dengan mengiyakan atau menidakkan, malah boleh berupa penjelasan.

·         Ayat tanya boleh wujud dengan mengekalkan bantuk ayat penyata tetapi dengan memberi intonasi naik dalam lisan atau tanda soal pada akhir ayat dalam tulisan bagi menggantikan tanda menaik.

 

Ayat Perintah

1.    Ayat perintah ialah ayat yang diucapakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.

2.    Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak,kamu,engkau dan sebagainya yang biasanya.

3.    Ayat perintah boleh dibahagikan kepada 4 jenis iaitu :

a)    Ayat suruhan

b)    Ayat larangan

c)    Ayat silaan

d)    Ayat permintaan

Ayat suruhan

·         Ayat suruhan ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan

·         Dalam ayat suruhan subjek ialah kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu,engkau,dan selainnya yang biasanya digugurkan.

·         Walau bagaimanapun, kerana tujuan penegasan, subjek boleh juga diucapkan.

·         Yang berikut ialah contoh –contoh ayat suruhan :

a)    Keluar dari bilik ini!

b)    Pergi dari sini!

Ayat larangan

·         Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah, atau tak usah  sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu.

Ayat silaan

·         Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang.

Ayat permintaan

·         Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan.

Ayat seruan

·         Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan, seperti takut, marah, takjub, geram,sakit dan sebaginya.

·         Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang biasanya terletak di akhir ayat, sama ada ayat yang digunakan ialah oh, amboi,wah,cis,eh,aduh,syabas,dan sebagainya.

 

0 ulasan: