MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU,MEMANTAPKAN BAHASA INGGERIS

05 Mei 2009

Gangguan Dalam Berkomunikasi

Komunikasi merupakan satu proses yang melibatkan dua manusia. Merujuk kepada proses pengucapan dan penyampaian idea melalui interaksi 2 hala ataupun pelbagai hala.
Namun gangguan akan wujud dalam komunikasi. Gangguan ini boleh dibahagikan kepada 2 iaitu gangguan persekitaran,gangguan dalaman.

Gangguan Persekitaran:
Persekitaran yang bising
Gangguan daripada bahasa ibunda penutur
Gangguan daripada bahasa pasar dan bahasa selanga

Gangguan Dalaman:
Merujuk kepada alat-alat artikulasi penutur
Merujuk kepada pancaindera penutur 

1 ulasan:

Suhailee Sulaiman berkata...

Gangguan komunikasi ialah apa-apa yang merosakkan maklumat yang kita sampaikan apabila berkomunikasi. Antara gangguan-gangguan itu ialah kebisingan, bau yang kuat, suhu yang tinggi, pertuturan yang tidak jelas, kehadiran orang-orang lain dan macam-macam lagi. Ada dua jenis gangguan:
1. Gangguan teknikal
Gangguan teknikal ialah perkara-perkara yang menyebabkan pendengar salah faham atau tidak faham sama sekali mesej yang didengarnya. Sebagai contoh, kalau si penutur gagap atau ada bunyi-bunyi bising lain yang mengganggu.
2. Gangguan makna
Gangguan makna juga disebut dengan istilah gangguan semantik. Di sini si pendengar dan si penutur tidak sama sependapat berkenaan makna yang dimaksudkan. Sebagai contoh, orang Kedah dan orang Johor ada makna lain apabila menggunakan perkataan "selalu" atau orang Kelantan dan orang Selangor ada makna lain apabila menggunakan perkataan "bela".

Sumber: Abdulla Hassan & Ainon Mohd, Kemahiran Interpersonal untuk Guru, 2002.